
Benarkah Syiah Itu Sememangnya Merbahaya Dan Menyesatkan | Ustaz Auni
Mimpi jumpa Nabi. – Alhamdullilah
Mimpi duit jatuh dari langit. – Alhamdullilah
Barang yang lepas. – Assalamalaikum. Barang yang lepas jangan tak dikenang. In Shaa Allah.
The judge from heaven. – Assalamualaikum
Petua orang tua. – Lebih baik diam daripada bergaduh. Walaupon kita betul. In shaa Allah.
Ramai Yang Tak Tahu, Waktu Malaysia Pernah Diubah Sebanyak 6 Kali Dalam Sejarah – SelayangPandang.Net
Hati.
Tiada suatu pun yg terlepas dari pengetahuan Tuhan apa yg ditanggung oleh hambaNya kerana sebab takdirNya. Bersabarlah dengan Tuhan sebentar saja, kerana kamu telah memperoleh kelembutan kurniaNya dan kenikmatan yg diberiNya bertahun-tahun! Kata pepatah : Berani itu hanya bersabar sebentar! Allah berfirman: Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yg bersabar! (Az-Zumar:10). Ayat ini menjanjikan kita dengan kemenangan dan keluar dari kesusahan. Sebab itu hendaklah kamu sekalian bersabar menghadapi takdir Allah. Sentiasa ingat kepadaNya, dan jangan lalai. Jangan sekali-kali melupakan apa yg akan berlaku sesudah mati nanti. Lebih baik ingat dari sekarang, kerana apabila sudah mati tiada berguna lagi hendak mengingat. Awas diri kamu sebelum kamu bertemu dengan Tuhan! Ingatkan diri kamu dari sekarang, sebelum kamu diingatkan dikemudian hari dimana kamu tiada berkuasa lagi pada ketika itu, kelak kamu akan menyesal, padahal tiada berguna lagi sesalan pada waktu itu. Betulkan hati kamu, kerana sesungguhnya hati itu jika betul akan betul pulalah semua hal-ehwal kamu! Nabi S.A.W bersabda: Dalam tubuh anak Adam itu ada sekeping daging, jika baik daging itu akan baiklah seluruh jasadnya, dan jika rosak daging itu akan rosaklah seluruh jasadnya. Ingatlah dia itu adalah hati.
_AL-FUTHUR-RABBANI




